Showing posts with label CINTa. Show all posts
Showing posts with label CINTa. Show all posts

The Guardian





Dia adalah Malaikatku
dititah tuhan datang mengabdi

Intan terpilih
diantara timbunan manusia plastik
pernah datang merisik

Kabarnya,
malaikat pelindung itu adalah kado terbaik
dikirim tuhan
Padahal seisi langit bahkan tahu
ladang puisiku saja tak pernah dibajaknya
Inikan menghafal jenama tas tangan baruku

Takdir ini haram dibahas
kerana aku berhutang hidup dengan Sang Karma
Dia satu-satunya pemiutang gila terpatuh
tak betah diurus oleh sesiapa

Aku tahu,
saat ini tuhan sedang menggeleng
atau mungkin tertawa
melihat latah genetik si Hawa
masih meminta-minta nasib busuknya ditukar lagi
padahal isi syurga itu
tidak ada satupun tiketnya percuma







aar/5 November 2015






Lukisan Syurga



L U K I S A N S Y U R G A



Seribu malam yang lalu,
di atas kakiku pernah ada sebiji beban.
Memaksaku berjalan meniti dunia dengan berat.
Bagai sirip ikan menari di air cetek,
aku menggelepar dalam perjuangan meminta syurga.

Seribu waktu nanti,
andai aku dipanggilNya lebih dulu,
aku ingin selalu datang ke bumi setiap malam.
Bergayut di celah sayap malaikat pembawa rahmat.
Menjinjing seribu lukisan indah dari syurga,
untukmu anakku..

  

aar/March 16, 2014



#Happy Birthday YA!